Tuesday, March 22, 2011

usia hanya pada angka, bukan pada wajah..


PETUA KECANTIKAN 
# Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. InsyaAllah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

# Bibir Merah Semulajadi
Sapukan  sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur.

# Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya, ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

# Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu korang akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

# Naikkan Seri Wajah
Setiap kali sebelum korang  ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa
tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan
sapukan ke muka korang. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka korang.
InsyaAllah wajah korang  akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang.

# Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka, pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

# Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata korang  dengan air sejuk dari peti sejuk. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

# Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan
ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, korang boleh  ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

# Otak menjadi bijak
Masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaAllah mujarab.

# Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu..sapukan
kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat..InsyaAllah jerawat
dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang.

# Sentiasa Awet Muda
Setiap  kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah  akan kelihatan muda daripada umur sebenar. 

Aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
i.  Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,    kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan  otot    dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.

Lisa Surirumah Surihani

 
Zoey Rahman

p/s: Setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dan ianya tidak hanya pada rupa paras. Everyone is beautiful in their own way!! ^^,

2 comments:

Cik Nani said...

singgah sini
nice blog.
nak tanya, awk buat photoshot ke?

id2ateh said...

thnx cik nani sudi singgah.hiihi
xde la.sy xwt photoshot pn.
skdr meminati.. :)