Wednesday, May 4, 2011

nak g Langkawi tak?jOm ikut cik id.....


L.A.N.G.K.A.W.I – semester ni cik id berkunjung ke sana semula utk kali yang ke 2.Kali ni cik id pergi dengan geng-geng CEO’s MIND.Memang enjoy sangat-sangat g ngan diorang,apa taknya macam-macam aktiviti kitorang wat kat sana.Antara aktiviti menarik yang kitorang wat kat sana Island Hopping, bbq, Geoforest and aktiviti wajib pada sape-sape yang g Langkawi iaitu…jeng3!!! tak lain dan tak bukan SHOPPING la..hohoh Meh cik id nak becerita sket… (hik2..da macam nenek2 nak becerita kat cucu2nya je ann… ;p)
sebahagian dari rombongan cik id...ihik2!!
Kitorang suma gerak dari uum lebih kurang jam 7.15 pagi waktu tempatan dan terus menuju ke jeti Kuala Perlis.Takde la jauh sangat pun.lebih kurang 30minit je.Sampai je kat jeti,kitorang lepak2 dulu sementara nak tunggu feri coz tiket feri kitorang kol 9 pagi.Perasaan tu tak payah cakap la…memang excited + gembira coz da lame tak lepak ngan diorang ni.hiihi \^^/ Bila da sampai kat Langkawi, kitorang terus p makan tengahari kat pekan Kuah.Makan itu penting ye kawan-kawan…hik2 sumber tenaga la katekan.lalalalalalala Siap je makan,kitorang terus menuju ke Malie Motel yang terletak kat Pantai Chenang.Siap solat zohor,kitorang bergegas untuk aktiviti yang pertama iaitu ISLAND HOPPING!!

ISLAND HOPPING ni kitorang g 3 buah pulau iaitu pulau Beras Basah,pulau Singa Besar & pulau Dayang Bunting.Yang paling best & sempoi waktu ISLAND HOPPING ni,Bro yang bawak bot kitorang siap wat drift lagi..yeahaaaa!!!memang syok habis.kami siap berlumba 3 buah bot.hehehe takot tu takot gak,tp seronok tahan gaban r.kikikiki ;p Kat pulau Beras Basah kitorang mandi pantai & banana boat (yang ni cik id xbape gagah nk join.harap maklum.. ;p) Lama gak kitorang lepak kat situ.sepatutnya 1jam je,tp cam biasa la kan…kompem telebih punye.hohoh Destinasi ke 2 ke pulau Kecil dimana kita boleh tengok helang dari dekat.Memang syok la tengok dia terbang2 then sambar makanan kat air.Target dia kebanyakkannya tepat.hmmmmm…..kena belajar ni dari apa yang cik id tengok.’fokus’ tu penting..hik2  destinasi terakhir yang paling syok, p pulau Dayang Bunting.Sampai je kat sana,kitorang disambut dengan sekumpulan monyet2 yang agak agresif.(pantang nampak plastik,kompem dia rampas.apa,dia ingat suma yang dalam plastik tu namanya makanan ke pe.cehh!!) Nak sampai ke tempat mandi (tasik dayang bunting),jauh gak kitorang kena berjalan.Mou ketar pale lutut kami.hohoh tapi serius cik id cakap,memang syok mandi kat sana.Kawasan tu memang dalam,lebih kurang 30kaki…terus terang cik id memang xpandai berenang(tp tengah belaja ok..hik2) tp cik id nekad gak nak mandi kat situ.Life jacket tu wajib dipakai bagi kami-kami yang xbape nak cerdik berenang ni.hehehe So,dengan adanya life jacket,cik id pun berenang la cam da pro berenang.ngeh3!!!

sang helang mencari mangsa..
Pulau Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting..
Belah malam plak kami wat aktiviti BBQ.Kiri & kanan kami de group kak som & abg lie wat bbq gk.nek gerun lak kami ngan diorang tu.Almaklum,diorang tu wat BBQ pastu mula la pening2…(laloq) Disebabkan diorang dalam keadaan yang fenin2 camtu,kitorang xde la lama sgt lepak kat situ.Utk keselamatan la katakan.hehehe tp after tu kitorang decide utk p kedai2 kat dpn motel tu.agk meriah jugak la kat situ..byk kedai2 baju.harga pun ok la.tapi cik id tak beli apa2 pun.just jejalan je cuci mata.hiihi Ehh,telupa plak..petang tu cik id dok lepak tepi pantai tgk sunset yang sangat cantik.Layan perasaan jap.hik2 ;p sayu plak rasa hati waktu tu..macam2 yang berlegar kat pale otak ni.hmmmm~
Pantai Chenang..

Hari ke 2 lepas je breakfast,kitorang terus g cable car.Dalam hati ni berbelah bagi samada nak g ke x.Tak nak g coz gayat,nak g coz pasni ntah bila lagi la nak datang sini.huhu Lagi pulak harga tiket da naik jd RM30..aduh!!awat la naik plak harga tiket ni…haishh!! Tapi cik id tekad gak naik coz cik id tengok member2 yang nak naik pun muka berani je..hahah (padahal de gak yang lbh kurg sama cam cik id..gayat.hahah!!) Waktu beratur pun muka da cuak da.hati ni dupdap2 je.huhu menjerit gak la dalam cable car tu bila tgk kebwh.hahahaha Secara jujurnya cik id puas hati la dapat naik kat atas Gunung Mat Cincang.Pemandangan memang superb cantik r,telaga tujuh pun nampak.Memang rugi r sape yang datang Langkawi tp xnaik cable car tu.hiihi (belagak plak dak penakot ni ek)hehehe ;p
Menuju Gunung Mat Cincang
Telaga Tujuh
pemandangan dari atas Gunung Mat Cincang

Turun dari Gunung Mat Cincang kitorang terus p makan tengahari then destinasi seterusnya ialah Sungai Kilim untuk aktiviti Geoforest Park.Kat sini kitorang dibawa p kat sangkar ikan.Macam2 ikan ade kat sana (ikan nyutnyut,pari,buntal,belangkas & yang xbleh blah tu ikan pemalas.Memang terbukti ikan tu pemalas.hahahaha) Pastu kitorang pusing2 tengok laut Andaman & last skali p Gua Kelawar.Waktu tu sume muka da letih je.mana taknye,dari semalam naik bot.Dilambung ombak..sakit sume badan.huhu

Lepas tu terus p SHOPPING2 kat pekan Kuah.Walaupun kaki da sakit & mulut cakap ‘da xlarat nak jln’ tp jauh gk kami pusing jln2.hahah Habis sume pusing2 kat Dataran Helang,kitorang pun bgerak balik dan selamat sampai ke uum lebih kurang jam 11.30 mlm. Dalam penat2 sempat gak cik id wat entry ni.hohoh K lah ni je dari cik id untuk entry kali ni.Kepada sesape yang plan nak bercuti ke Langkawi tu,jgn lepaskn peluang p sume tempat2 menarik kat sana k.hiihi (promote Langkawi jap..hehehe) Panjang plak cik id berceloteh kali ni ek..hohoh I’m sorry!! Hmmm…mata cik id pun da ngantuk  tahap gaban da ni.cik id tido dulu la ek..k nite kawan-kawan.Salam… (^^,)

Monday, April 25, 2011

S.I.N.G.L.E lagi??

Korang berstatus SINGLE?? Tiada relationship lagi? Baru menjadi single setelah clash dengan pasangan??Masih mencari mr/mrs right?? Haaa.... sini nak bagi kelebihan menjadi S.I.N.G.L.E......

1.  Jimat duit..Jimat masa...Jimat segala-galanya...

2. Elakkan pergaduhan... Korang sayang kat pasangan korang tapi dengan dialah korang selalu bergaduh (kalau yang xgaduh ngan kapel korang tu masih bahagia lah).. Dengan kawan2,mana korang gaduh pun kan? (kalau selalu gaduh baiklah takpayah kawan) Korang akan gaduh teruk2... Pastu baik balik... Pastu gaduh sampai nak putus la apalah...tak boleh study lah... Kalau anda singleee, masalah ni pasti tidak akan berlaku..

3. Free as you can be. Nak keluar ngan sapa.. Balik lewat pun tak ada yang akan marah (mak dan ayah confirm marah lah)... Makan ngan sapa.. Berdua ngan sapa pun tak kesah.. Dan takda yang akan sms atau call tanya kat mana lah, tengah buat apa lah.... Dah tak ada pasangan kan? So memang free sefree-free nya lah!

4. Kalau nak letak add friend ngan perempuan/lelaki lain pun tak ada sapa akan marah! Yelah, dah takde pasangan kan.. Jadi tengok lelaki/perempuan ni macam menarik ja jadi add lah dia.. Tidak ada yang akan marah pun.. Lagi satu, facebook korang pun xada yang akan ceroboh.. Haa..trend sekarang masing2 pegang password pasangan.. Jadi kalau single anda sorang je tahu password anda... Takde orang akan tengok kecuali anda sendiri dok pi bagi password kat orang lain..

5. Tiada yang akan berasa jeles atau iri hati... Kadang2 bila ada couple nih, kawan ditinggalkan.. Dah nampak muka bf/gf je..(ada yang camni) Jadi kalau kita single,memang tak adalah yang ada PHD atau perasaan yang seumpamanya..

6. Tak ada masalah kerinduaaann/keangaauuaann dan sebagainya.. Haha.. Biasalah kalau dah nama couple,mesti ada perasaan rindu tuh pada si dia... Tapi kalau anda single, RINDU Kampung Halaman jer sudah...hehehe

7. Tidak akan menipu mak dan ayah ( ni kalau mak dan ayah yang tak approve anak dia bercouple)...Yang jenis camnih juga akan melakukan apa sahaja untuk berjumpa pasangan dia sampai tipu mak dan ayah...Jadi kalau single, tak adalah buat dosa kat mak dan ayah...

8.  Fokus pada pelajaran... Memang ada kata "Aku ada pakwe/makwe pun boleh skor" atau "Percintaan tak mengganggu pelajaran" okay itu memang baguslah.. Tapi katakan lah korang bergaduh besar dan BESOKnya ni nak jawab final exam... kalau boley tumpu baguslah,tapi rasaaaanyaaa ramai yang tak boleh... am i right??

9. Memberi peluang kepada yang ingin memikat anda... Orang kata Test Market...Korang tahu ke kalau ada yang suka korang dan nak jadikan korang gf/bf? Kalau korang ada bf/gf mana korang nak tahu.. Berani plak dia nak bagitahu kalau korang dah ada relationship ngan orang lain? Kalau anda single, banyak yang nak isi borang....hehehe

10. Korang akan berasa happy sentiasa kerana tiada masalah daripada pasangan anda...

Kalau korang single,janganlah terburu-buru nak cari pasangan.. Enjoy dulu life as a single girl/boy...Pilih yang betul2 boleh dibuat pasangan.. Saya tak kata Couple Tu Tak Bagus cuma saya nak bagitahu kebaikan single sahaja... Dan kepada single ladies/man out there, BE PROUD OF BEING SINGLE.... 

Wednesday, March 30, 2011

calon isteri anda....?

1. Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. "Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!". Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.

2. Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. "Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!" Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada.

3. Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. "Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu" Itu ok lagi.. Kalau. "Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah" Tak ke naya?

4. Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? "Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan" Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?

5. Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. "Abg, Leha nak makan murtabak tu.." Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk.

Monday, March 28, 2011

Selamat Tinggal...

Video klip selamat tinggal nyanyian Zizan dan Dina ni sgt touching la bg cik id.huhu Bila dihayati video klip ni sedih sgt.Dia mengisahkan dua orang budak yang berkawan rapat sejak kecik lagi.Diorg terpisah disebabkan oleh family perempuan tu pindah ke tempat lain.Bila dah besar,diorg terjumpa semula then lepas tu diorg berkahwin.Waktu si lelaki nak hantar isteri dia yang sakit nak bersalin pergi ke hospital, isteri dia kena ragut oleh perompak.Then,isteri dia meninggal dunia waktu melahirkan anak diorg.Haishh!! sedih beno rasenye sampaikan  mengalir air mata cik id nengok video klip ni.huhu so, korang layan la ek video ni..zassS!!


Selamat Tinggal
:: Zizan ft Dina ::

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Sunday, March 27, 2011

Floating Market?? menarik ke.....

Pengalaman pertama cik id menjejakkan kaki ke Thailand, pada awalnya memang sangat teruja nak pergi sana. Almaklum, negara orang. so, nak tengok la budaya dan cara hidup orang kat sana. Cik id & da geng  ikut trip yang di buat oleh student uum gak. Pergi ngan member2 happening sket.ye tak..?hik2  xsangka pulak cik id terjumpa member sekolah kat sana. Dia pun ada trip pergi ke Hatyai & Songkla.hehehe

Perasaan hampa memang menebal dalam hati ni coz tak dapat pergi banyak tempat.kami just dapat singgah Nora Plaza, Pink Lady Complex, ronda-ronda bandar Hatyai & yang paling best dapat pergi floating market.yehaaaa!!! 

waktu kami sampai kt market tu,orang da ramai da.Kami diberi masa sangat singkat untuk meronda-ronda kat market tu dengan alasan bas nak balik cepat. (ntah pape r diorg ni ann...nk shoppin2 pn xsng) hahah!! Kitorg pun ape lagi,turun je dari bas terus bergegas ke tepi sungai dimana terdapat deretan sampan2 yang membawa jualan diorg. Senang cakap semua yang dijual adalah makanan. Kitorg hanya beli air je kat situ...teruja jugak bila tengok diorg jual air.bukan ape,bekas minuman yang digunakan tu menarik perhatian betol.hehehe bekas minuman dari tembikar yang bermacam-macam bentuk antaranya doraemon,ultraman,kitty.xcaye?Meh tengok kat bawah ni..

haaa,comey ann bekas air ni.hikhik

Yang bentuk doraemon tu cik id punya bekas air.hiihihi (alololololo tomey-tomey) ;p Kat bawah ni pulak gambar sampan yang jual air..puyoh!! power r makcik ni..boleh pulak tak tumpah air yang die bawak tu.

satu bekas 250 baht = rm2.50 hehehe


Floating market ni memang menarik.macam-macam ada..hiihi kat bahagia darat pulak terdapat banyak gerai-gerai jual baju, bear, souvenir, makanan & macam-macam lagi la..memang rugi la datang thailand tak pergi floating market. Kat Malaysia tak pernah lagi cik id terjumpa. Tapi pemandangan kat situ cacat  sedikit disebabkan oleh sungai yang agak tercemar. Ni ada beberapa keping gambar sekitar floating market tu.

steady je makcik ni..hiihihi

macam-macam ada...

ramai betul orang kat sini..nak jln pn susah..huhu

ni gerai-gerai kat darat..

p/s: amacam,apa pendapat korang ngn floating market ni?? heheee...

Friday, March 25, 2011

Gempa bumi sekuat 6.9 pada skala Richter di Myanmar..

Belum lagi reda kerisauan ngan berita tsunami di Jepun,arini kita dikejutkan ngan berita gempa bumi yang melanda Myanmar jam 9.56 malam tadi.  Menurut Jabatan Meteorologi, gegaran kuat 6.9 pada skala Richter itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar,Perlis. Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi dan akan memaklumkan situasi tekini.  Namun begitu,tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Untuk berita dari CNN korang boleh tengok kat link ini.




p/s: marilah kita sama-sama berdoa semoga negara kita dijauhkan dari sebarang bencana..

Tuesday, March 22, 2011

usia hanya pada angka, bukan pada wajah..


PETUA KECANTIKAN 
# Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. InsyaAllah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

# Bibir Merah Semulajadi
Sapukan  sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur.

# Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya, ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

# Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu korang akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

# Naikkan Seri Wajah
Setiap kali sebelum korang  ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa
tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan
sapukan ke muka korang. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka korang.
InsyaAllah wajah korang  akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang.

# Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka, pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

# Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata korang  dengan air sejuk dari peti sejuk. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

# Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan
ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, korang boleh  ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

# Otak menjadi bijak
Masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaAllah mujarab.

# Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu..sapukan
kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat..InsyaAllah jerawat
dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang.

# Sentiasa Awet Muda
Setiap  kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah  akan kelihatan muda daripada umur sebenar. 

Aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
i.  Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,    kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan  otot    dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.

Lisa Surirumah Surihani

 
Zoey Rahman

p/s: Setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dan ianya tidak hanya pada rupa paras. Everyone is beautiful in their own way!! ^^,

Monday, March 21, 2011

sakura di Sintok...

Bila sebut je bunga sakura, semua orang mula membayangkan keindahan bunga sakura kat jopun.Ala, macam dalam gambar-gambar yang kita tengok kat majalah atau internet tu.Tak pun cam dalam cerita-cerita jopun kat tv.Aduhh!! mula la nak berangan.hahah Cantik kan bunga tu.heheee 

Sejak dua minggu yang lepas aku 'terpesona' (pergh!! ayat ko ni id,xleh bla betol la..hahah ;p) dengan keindahan bunga yang aku sendiri tak tau apa nama die. Apa yang pasti, sekali tengok cam bunga sakura daaa...hiihi (^^,) So,tak payah la nak berangan jauh-jauh sampai ke jopun nun nak pi tengok bunga sakura. Kat sintok pun ada klon bunga sakura..lalalalala Maka,selalu la aku usha pokok tu.hehehe 

Ada jugak yang kale pink tapi kali ni bunga kale pink tu tak berjaya menarik perhatian aku. Tapi yang kale putih ni berjaya menarik perhatian aku.hahaha (peberet kale kot...hiihi) Tapi skang ni 'bunga sakura' tu da mula gugur..huhuhu apa boleh buat,semua bersifat sementara. Sampai masa ia akan layu dan gugur menyembah bumi. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku sempat snap waktu bunga tu belum banyak yang gugur..hiihi 

view 'bunga sakura' dari blok aku...




haishh...shantek sungguh!!

alahai munge... >.<

Subhanallah...sangat cantik!! 




Cantik kn...hehehe tu ni bukan kat jopun tau.Ni 'bunga sakura' di Sintok.hiihi Hah!kalau yang bawah ni,baru la bunga sakura kat sintok jopun.Sekali tengok lebih kurang je kan.ahakz!! 

hah!yang ni kat jopun ye..hik2
p/s: tak dapat tengok bunga sakura kat jopun,dapat tengok bunga tu kat sintok pun jadi la...uhuk2!!

Monday, March 14, 2011

cuti sekolah datang lagi...

Tengah-tengah aku study td, mata aku tertumpu kat kalendar atas meja aku ni. Aku pun meng'explore' la kalendar tu..bukannya apa,just nak menge'check' cuti-cuti umum.ahakz!! (cuti je yang dipikirnya.haishh!!) Belek punya belek, rupa-rupanya dah start cuti sekolah lor..kalau time sekolah dulu-dulu,happy gile bila dengar cuti sekolah..hahahha macam-macam la plan. 

Nak dijadikan cerita,tadi aku ada la terbaca pasal plan waktu cuti sekolah. So, aku rasa nak share ngan korang sume. Tapi mesti korang dah penah baca kat mana-mana kn..huhu ahhh,xkira..korang dah baca ke belum aku tetap nak share gak.hahaha Bukannya apa, leh la kurangkan stress study.hohoho ;p 

Kisahnya bermula begini... 

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana
mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu…ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab…

Adam : Saya nak pergi Matahari…

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana….

Adam : Kita pergi malam…sejuk sikit cikgu.

Cikgu: erkk?!! (terkedu lalu....)



















p/s : stress aku kalau dapat student cam tu..hohoh ;p

Sunday, March 13, 2011

kenapa menunggu lama ..??

Aku nak tanya ni,pernah x menunggu blog korang loading sampai beratus-ratus jam saat?Kadang-kadang rasa hilang sabar aku dok menunggu mende alah ni loading.

penantian dalam ke'kiut'an hiihi..



















Tapi, jangan sampai ke tahap cam gambar kat bawah ni. Yang ni kita boleh kategorikan dalam kes kronik ye kawan-kawan.hohoh opss!! terlebih suda.... ;p

penantian sampai ke tua.alahai...














Bak kata zizan raja lawak "sreh..srehh nak buleh ke sapa" wakakaka (minat betul aku tengok dia cakap..hah!! mula la nak lari topik  haishh!!). Pasal yang loading lama tu maybe disebabkan oleh penggunaan widget yang terlebih,grafik-grafik & gambar banyak sangat. Almaklum,macam-macam yang nak dishare ngan kawan-kawan..ye idak?? ikikikiki 

Korang nak tau sebab musabab kenapa boleh jadi cam tu?Hah, meh korang klik kat sini. Nama dia Pingdom Tools. Korang taip la korang punya URL blog tanpa "http://" kat ruang yang disediakan. Hasil dari ekperimen tersebut,korang boleh la mempertimbangkan mana-mana URL yang korang rasa boleh menggugat tahap kesabaran korang samada terus stay dalam blog korang ataupun korang boleh tendang keluar.miahahaaa (ja'at punya orang..main tendang-tendang plak ek.ikikiki) 

Rasanya tu je kot yang aku nak share.so, selamat mencuba ye kawan-kawan.daaaaaaaaa.....

Saturday, March 12, 2011

Semua berlaku dengan kehendak Nya...

Harini kita semua digemparkan dengan berita Gempa Bumi dan Tsunami kat Jepun.  Takut aku bila dengar berita macam ni. Ya Allah,mintak dijauhkanlah kita dari bencana alam macam tu.Nauzubillah!! Rasa bersyukur sangat-sangat duduk kat Malaysia ni coz antara negara yang bergeografi selamat. Aku doakan semoga saudara islam kita di sana terselamat.Aminn.... (xlupa kepada sahabat aku Aliff, yang berada kat sana..aku doakan semoga ko terselamat.Betul-betul risau dengan keadaan ko kat sana. huhu :'(  tiba-tiba  rasa rindu nak dengar celoteh kamu..) mmmm, kat bawah ni ada serba sedikit gambar bencana alam kat Jepun.






















Setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak Nya.Renung-renungkanlah ye....